Pages

KAORI CHA MINUMAN UNTUK SEMUA

Kaori Cha tengah-tengah bulan



Kaori Cha merupakan minuman yang kebanyakan daripada susu(milk),Smoothie dan Coffee.antara menu yang disajikan kepada pembeli di kawasan Kelantan,macam aku sempat merasa produk dari Kaori Cha yang terletak di Taman Bendahara dan Jalan Berek 12..

Setiap pembelian akan ada kad(kuning cawangan taman bendahara,hitam Berek 12)

Fungsi kad membeli lebih daripada 10pembelian akan ada percuma (GIFT) mungkin berupakan minuman.


Untuk kad pembelian ini boleh digunakan untuk satu lokasi sahaja.(bukan kesemua cawangan).contoh aku nk cop selepas beli di taman bendahara mengunakan kad dari cawangan berek 12 ,tidak lepas korang hahahahaha.!!!


Antara kawasan dan lokasi di Kelantan yang boleh disinggah Taman bendahara,Berek 12,Panji,Wakaf Che Yeh,Lembah Sireh dan banyak lagi lah.Dengar cerita dah buka cawangan dekat Arau dan Kuantan.

Topping yang korang boleh tambah seperti berikut dan ianya berharga RM1 sahaja untuk satu topping:
  • Puding
  • Bubble (boba)
  • Whipping cream
  • Grass Jelly
  • Cream Cheese
Harga Kaori Cha ini tidak lah semahal minuman lain Dalam Rm6.50 korang dah boleh dapat saiz xxl minuman ini. Murah dan Ringkas bagi yang ingin memcuba buat pertama kali. 


Strawberry Fresh Milk Puding XXL 

Chocolate Milk Boba XXL 

Coffee Latte Boba XXL


Secara keseluruhannya, untuk berkongsikan entri ini lebih kepada aku untuk berjimat sebenarnya lagi-lagi jika kau tengok posting minuman atau cafe yang lalu dekat sosial media kau hahahahaha ,betul nafsu makanan tidak akan habis.

Sekian sahaja untuk entri ini,harap memberi manfaat kepada pembaca dan penulis hahahaha jumpa di lain hari.





PENGALAMAN MENJADI PELAJAR SENIBINA (KURSUS ARKITEK)

AKU HAMPIR GILA DENGAN KEJUTAN BUDAYA SENIBINA

Hi dan salam sejahtera semua!!! untuk berkongsikan pengalaman ini aku mulakan dengan menyatakan definisi apa itu senibina ????? bagi pendapat aku ianya bukanlah satu tanggapan atau gambaran yang dilakonkan dalam televisyen atau media sosial yang selalu korang tengok dan berangan !!! 

Bagi pendapat aku senibina ini merangkumi kesemua aspek daripada permulaan:

  • penilaian tapak (site analysis),
  • mencetuskan idea(concept) atau niat korang untuk menjadi panduan kepada produk akhir korang yang akan digunakan oleh pengguna.
  • menentukan (spatial organization) iaitu laluan atau susunatur ruang yang akan digunakan.
  • Bak kata Madam aku (Integrated @ related) ianya saling berkait daripada permulaan niat korang(concept) hinggakan produk akhir (Form).
Aku akan cuba terang dengan lebih mendalam lagi jika mampu hahahahahaha!!!!(aku bukanlah seorang pelajar yang bagus atau performance tinggi dalam kos ini).

Jadi aku berlatarbelakangkan budak  sekolah tiada asas senibina, memulakan ijazah senibina ini dengan mengunakan sijil tingkatan 6 sahaja.

Untuk pengetahuan korang berlatarbelakang sama macam aku(fresh),yang ingin merasa atau mendalami bidang arkitek @ senibina ini aku berikan sedikit tips atau pendapat untuk korang melepasi tahun pertama di universiti korang:

  • Banyakan dan tambahkan pengetahuan dengan buku rujukan senibina.
  • Mempunyai sesuatu sebab yang kukuh(reference) untuk menguatkan idea.
  • Dan setiap rujukan haruslah mempunyai kaitan dengan idea dan konsep rekabentuk.
Cuba cubalah jadi rajinnya ye di universiti ini kau dan diri kau sahaja .

  • Bagi yang (fresh) aku sarankan cuba dan cari jalan untuk mempelajari sofware dalam senibina(tingkatkan softskill korang):
  • Sketchup -untuk membentuk 3d form dengan mudah
  • Photoshop-untuk melakukan susunan board presentation 
  • Vray @Lumion-untuk menghasilkan video dan rendering ala-ala hidup.




Reference image Sketchup sofware

Reference ImageLumion dan Vray sofware

Reference Image Photoshop sofware




Banyak benda yang akan bermain dalam pemikiran korang jika memasuki alam senibina ini.Untuk diri aku sepanjang 5 semester berada di kos ini dan pernah Gagal!!!!! satu semester menyebabkan aku terpaksa mengulang semester 3. hahahahhaha!!

Nanti aku ceritakan perasaan kegagalan itu hahaha.Okay harap ada manfaat untuk pembaca dan penulisnya .sekian jumpa lain hari.

Asal lepas presentation,kejar dateline akan barai tak kira masa 😆